Welcome...

Kisah & Cerita Saya, Pengalaman sayam, Ilmu yg sedikit yg saya ada....Untuk Dikongsi Bersama...Pada yg Sudi Membaca (^__^)

ANAK SYURGAKU MUHAMMAD BIN MOHAMAD FAIZAL

Anak tunggu mummy dan ayah dekat syurga,

Pada 20hb 7 2016 bersamaan dengan 26 syawal tarikh dimana mummy harus redha dengan kententuan ALLAH, sekejap je ALLAH pinjamkan Muhammad untuk mummy kandung, tepat 21 minggu anak mummy pergi tinggalkan mummy dan ayah, kosong perut mummy, rasa pelik pulak selepas lima bulan perut mummy padat kandungkan Muhammad, tp mummy redha, mummy tahu Muhammad cuba sedaya upaya bertahan di dalam perut mummy tanpa air ketuban yg cukup, sempit je Muhammad kt dalam perut mummy nk gerak pun x bole, mummy Redha sangat2 Muhammad pergi cuma air mata mummy tetap mengalir setiap kali mummy teringatkan Muhammad, bila mummy pegang perut mummy yg kosong pun mummy akan menangis sbb Muhammad tinggalkan mummy bertemu pencipta Muhammad kembali terlalu awal tp siapa mummy nk melawan kehendak dan kententuan ALLAH.

Dari 4hb 7 2017 hingga 20hb 7 2017 Muhammad cuba untuk bertahan bersama mummy, tetap membesar dengan sempurna, tiap bentuk badan dicipta dan terjadi dengan sempurnanya even at that time Doctor kata tanpa air ketuban maybe tumbesaran Muhammad terbantut, hari2 mummy berdoa dan mengaji supaya ALLAH berikan kesihatan yg baik pd Muhammad banyakan air ketuban mummy supaya Muhammad dpt membesar dengan baik, mummy berdoa untuk tabahkan hati mummy jika sesuatu berlaku, mummy berdoa jika Muhammad x mampu bertahan permudahkan lah urusan dan tabahkan lah hati mummy dan ayah.  Akhirnya tanggal 20hb 7 2017 Muhammad pergi tinggalkan mummy, sakit contraction ttp mummy rasa, dr pukul 10 malam hingga Muhammad lahir 1.40min pg dan Muhammad pergi pd 1.44 minit pagi.  Terima Kasih pd bidan yg menyambut Muhamad kerana x henti bg semangat dekat mummy supaya bersabar dan redha, dan mummy sgt redha Muhammad pergi sbb mummy tahu Muhammad x mampu bebas berenang dan begerak dlm perut mummy.  Terima Kasih YA ALLAH atas pinjaman ini, aku redha anakku pergi kepadamu kembali, terima kasih buat anakku kerana bertahan lebih 3minggu bersama mummy.  Pada keluarga ku dan keluarga mertuaku terima kasih kerana membantu menguruskan jenazah anak kami, bertanya ustaz2 yg mahir tentang bagaimana mahu uruskan anak tidak cukup bulan tp fizikalnya sempurna dan anak kesayangan kami disempurnakan dengan baik, dimandikan dan disolatkan jenazah kerana fizikalnya yg lengkap dan sempurna dan dikuburkan di kawasan pekuburan Batu 6.  

Muhammad tunggu mummy dan ayah di syurga ye, semoga dpt membantu mummy dan ayah di sana nanti, Muhammad akan mummy kenang hingga akhir hayat mummy dan ayah, harap dapat berjumpa Muhammad disana nanti untuk mummy jaga dan manjakan.  Love you so much Muhammad.

Yang benar, 
Ibu Muhammad Siti Radiana Rahim


Muhammad di sisi mummy...

friend :)

friend :)
miss this memories

Total Pageviews

My Playlist


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

quotes

Love I Feel

Click Here For Images &
Love I Feel Pictures - Pictures

About Me

My photo
seremban, negeri sembilan, Malaysia
My name is Siti Radiana Bt Rahim....... My mom Puan Hasnah n my father Rahim.. My brother Muhammad Al-Zaman n my sister Siti Rahimah... Welcome to this blog, its all about me,,,maybe you can learn something here, just take a look and follow me hehehe..enjoy your read n thank you very much,,,

Followers