Menurut Mazhab Syafei, Qunut Subuh itu adalah suatu amalan yang amat disukai oleh Rasulullah SAW, tetapi tidak wajib hukumnya. Dengan berbagai pendapat dan hadith tentang qunut ini, maka ulama Syafeiyah (mazhab Syafei) menetapkan bahawa qunut Subuh sunat hukumnya, bahkan ia lebih mendekati kepada wajib iaitu sunat muakkad. Oleh sebab itu apabila ia tertinggal hendaklah diganti dengan sujud sahwi. Jika kita pengikut Syafeiyah atau mazhab Syafei maka perlulah melakukan sujud sahwi jika tertinggal qunut dalam solat Subuh. Namun secara umum dapat dikatakan bahawa solat tetap sah jika doa qunut ini tertinggal atau sengaja ditinggalkan sebab qunut bukan termasuk dalam salah satu rukun solat.
Selepas ini tiada alasan kepada sesiapa yang meninggalkan solat subuh sbb tak tau doa qunut ehhe.....tp bila dh sunat muakad tu sunat yg dituntut kan so sama2 lah kita menghafal dan at the same time kita faham, lagi2 kita yang belajar tinggi2 ni, x kan doa qunut pn menjadi masalah, setengah kwn2 ckp dia keliru sikit tp buku setebal 3meter kita leh baca kalau nk exam ape ntah lagi kalau sehelai kertas yg hanya ada doa qunut....Peringatan untuk saya dan juga anda semua........